"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)

Istilah Asas Fotografi

Shahmien Seventz | 19:07 | 0 Comments |
Hari ini saya nak kongsikan serba sedikit istilah-istilah asas yang selalu kita gunakan dalam fotografi. 
100% crop
A section of a full sized image cropped at an 1:1 ratio
AE
Auto Exposure
AF
Auto Focus
AP
Aperture Priority
AS
Antishake – often understood to be the same as Image Stabilization, but may only refer to a camera automatically increasing ISO
CAF
Continuous Auto Focus
DOF
Depth of Field
DZ
Digital Zoom
EC
Exposure Compensation
EV
Exposure Value
FOV
Field of View
IQ
Image Quality
IS
Image Stabilization
ISO
Number indicating a digital camera sensors sensitivity to light
MF
Manual Focus
NR
Noise Reduction
OIS
Optical Image Stabilization
OOF
Out of Focus
OP
Original Poster – person who starts a new forum topic
OZ
Optical Zoom
PIC
Picture
PICS, PIX
Pictures
PP
Post Processing – editing digital images
PS
Photoshop – photo editing program considered by many to be the “gold standard”
PSE
Photoshop Elements – “little brother” of Photoshop
PSP
Paintshop Pro – similar to Photoshop but less expensive
SP
Shutter Priority
TCon
Telephoto converters for increasing focal length.
USM
Unsharp Mask – sharpening tool found in many photo editing programs
WB
White Balance
WCon
Wide Angle Converters

Tips Penjagaan Camera

Shahmien Seventz | 19:03 | 0 Comments |
Bila dah ada kamera, banyak pantang larang yang perlu korang patuhi supaya kamera sentiasa dalam keadaan yang baik. Tak kisahlah korang beli compact atau DSLR, penjagaan kamera patut diberi perhatian serius, kalau tak, sia-sialah duit yang korang laburkan untuk beli kamera.
Kadang-kadang saya sendiri pun ambik ringan dalam bab-bab jaga kamera ni, maklumlah lelaki kan..hehe.. Tapi bila difikirkan balik, dah habis kira-kira 4 ribu untuk kamera, kenalah jaga betul-betul, nanti rosak sendiri jugak yang susah.
Sesiapa yang ada DSLR tu patut beri perhatian lebih kat kamera korang mulai sekarang sebab DSRL lebih sensitif dan mudah rosak berbanding kamera kompak. Tak seperti kamera kompak, DSLR bukan saja ada komponen elektronik, tapi komponen mekanikal yang maha sensitif pun ada.
So kalau jatuh kemungkinan untuk rosak sangat besar berbanding kamera compact. So kat sini saya nak kongsi sikit tips nak jaga kamera sama ada compact atau DSLR.

1. Bersihkan lepas guna

Guna perlalatan yang sesuai seperti blower dan microfiber cloth. Pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air.

2. Elak dari sinaran matahari yang berterusan

Jangan biarkan kamera korang berjemur, nanti kamera korang sunburn..hehe..

3. Elak terkena air

Anggap ke kamera korang tu macam kambing, tak boleh kena air langsung. Kalau terkena jugak, terus lap dengan kain kering. Lepas tu simpan dalam drybox. Kalau takda drybox, simpan dalam container pastu letak silika gel yang korang selalu jumpa dalam kotak kasut untuk menyerap kelembapan.
Kalau korang biarkan kamera dalam kelembapan yang tinggi, kemungkinan besar fungus atau kulat akan membiak terutama kat lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar. Kos nak bersihkan fungus pun bukan murah, dalam RM100 ke atas.

4. Lilit, jangan gantung

Lilitkan strap atau tali kamera kat tangan supaya kamera tak jatuh berkecai di lantai. Hati korang pun akan berkecai sekali. Lagi satu, jangan gantung kat leher, kot-kot kena ragut, tercabut pulak kepala tu.

5. Gel Silika

Wajib ada dalam beg kamera korang untuk menyerap kelembapan.

6. Filter

Masa mula-mula beli kamera seeloknya beli filter sekali untuk setiap lens. Kalau korang beli 2 lens, pastikan dua2 lens ada filter, kalau 20 lens, maknanya beli 20 filter..hehe.. Boleh pakai UV filter atau pun CPL filter. Filter sangat penting untuk elak lens terkena habuk. Lens pulak bukannya korang boleh lap macam tu je sebab nanti akan merosakkan coating lens.

7. Screen Protector

Kalau sayang screen kamera tu bolehlah pasang. Kalau tak sayang pun kena pasang jugak sebab kos nak tukar screen bukannya murah. Paling bagus pakai yang hard cover, tsayat2 terhentak screen tu, takla pecah.

8. Pasir

Kalau boleh elakkan bawak dslr di tepi pantai atau tempat yang berpasir sebab pasir boleh masuk di celah-celah lens dan button kamera. Paling parah kalau masuk dalam lens sebab boleh menyebabkan lens “jam”. Kalau nak bawak jugak, balut dslr korang dengan kain atau plastik.

9. Jangan, jangan dan jangan

Jangan pegang kamera korang jika tangan tak bersih terutama selepas memegang losyen, sunblock, minyak rambut dan apa-apa jenis pun produk penjagaan diri. DSLR terutamanya amat sensitif dengan produk-produk seperti ini. Basuh tangan terlebih dahulu dan keringkan dengan kain sebelum pegang kamera.

10. Sejuk ke panas

Kalau korang bawak kamera di tempat yang sejuk cth bilik berhawa dingin dalam jangka masa yang lama, pastikan korang tak keluarkan kamera dari beg secara mengejut bila keluar dari bilik berhawa dingin atau ke tempat yang lebih panas.
Kalau korang buat macam tu, proses kondensasi atau wap air akan terhasil dalam kamera & kemungkinan kamera korang dijangkiti fungus sangat tinggi. Untuk elakkan perkara ni berlsaya, biarkan kamera dalam beg, dalam 15- 20 minit sehingga suhu kamera sama dengan persekitaran. Pastu baru korang boleh keluarkan kamera dari dalam beg.

Tips Asas Fotografi

Shahmien Seventz | 06:16 | 0 Comments |
Hai korang..... Hari nie saya nak kongsikan beberapa tips asas fotografi buat 'beginner photographer' yang ingin mencuba nasib dalam bidang nie... :)
Baiklah, kali ni kita akan tengok 3 perkara paling asas dalam fotografi iaitu shutter speed, aperture dan ISO. Korang kena kuasai ketiga-tiga konsep ni. Kalau tak akan terjadilah gambar blur, tak sharp, terlalu terang/terlalu gelap dsb. Shutter speed, aperture dan ISO mempengaruhi exposure. Gelap atau terang sesuatu gambar bergantung kepada exposure.
Exposure = Shutter Speed + Aperture + ISO
*****

Shutter Speed

  • Shutter speed adalah jangka masa shutter terbuka. Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak cahaya masuk dan sebaliknya.
  • Dikira dalam unit saat bermula dari BULB (shutter terbuka selagi menekan shutter) 30 saat hingga 1/8000 saat.
  • Untuk mengelakkan gambar blur, gunakan shutter tidak kurang dari 1/60. Kalau korang guna di bawah 1/60, cth 1/50, gunakan tripod.
shutteranimation2 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca
Animasi konsep shutter
*****

Aperture

  • Aperture merupakan bukaan iris pada lens.
  • Dikira dalam unit F, bermula pada F1.4 – F32 – bergantung pada lens, ada lens mempunyai aperture bermula dari F1.4 dan ada yang bermula dari F3.5
  • Semakin besar nilai aperture (cth: F22), semakin kecil bukaan lens dan semakin sedikit cahaya yang masuk dan sebaliknya, semakin kecil nilai aperture, semakin besar bukaan dan semakin banyak cahaya masuk.
4723956453 211f68724a 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca
Nilai F dan bukaan Aperture
*****
ISO
  • ISO pulak kesensitifan sensor terhadap cahaya. Kalau dulu orang pakai filem dan setiap filem tu ada gred atau nombor seperti 100, 200, dan 400 bergantung kepada tempat yang kita nakshot. Kalau korang nak shot kat tempat yang cerah, biasanya filem 100 atau 200 dan sebaliknya, kalau korang nak shot dalam keadaan yang kurang cahaya seperti waktu malam, korang kena pakai filem 400 dan keatas.
  • Pada zaman sekarang, filem dah digantikan dengan sensor. So sensor tu kita boleh adjust ISO nya, tak macam dulu, korang kena beli filem yang berasingan.
  • Semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya, so korang boleh ambik gambar di tempat yang gelap tanpa menggelapkan gambar tersebut dan begitulah sebaliknya.
  • Tapi kena ingat, semakin tinggi ISO, ‘noise’ juga akan semakin kelihatan.
4723963153 9584113b87 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca
Kaitan antara ISO dan “noise”
*****
Kesemua element yang disebutkan tadi adalah elimen asas yang perlu difahami oleh setiap 'photographer'.

Baiklah. Stakat itu sahaja entry saya berkenaan dengan tips asas fotografi. sehingga berjumpa lagi di lain waktu.. :)
© Copyright 2013 | Ini blog Owner . Design With Love by Shahmi Azzahar .