"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)

Tips Asas Fotografi

Shahmien Seventz | 06:16 | 0 Comments |
Hai korang..... Hari nie saya nak kongsikan beberapa tips asas fotografi buat 'beginner photographer' yang ingin mencuba nasib dalam bidang nie... :)
Baiklah, kali ni kita akan tengok 3 perkara paling asas dalam fotografi iaitu shutter speed, aperture dan ISO. Korang kena kuasai ketiga-tiga konsep ni. Kalau tak akan terjadilah gambar blur, tak sharp, terlalu terang/terlalu gelap dsb. Shutter speed, aperture dan ISO mempengaruhi exposure. Gelap atau terang sesuatu gambar bergantung kepada exposure.
Exposure = Shutter Speed + Aperture + ISO
*****

Shutter Speed

  • Shutter speed adalah jangka masa shutter terbuka. Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak cahaya masuk dan sebaliknya.
  • Dikira dalam unit saat bermula dari BULB (shutter terbuka selagi menekan shutter) 30 saat hingga 1/8000 saat.
  • Untuk mengelakkan gambar blur, gunakan shutter tidak kurang dari 1/60. Kalau korang guna di bawah 1/60, cth 1/50, gunakan tripod.
shutteranimation2 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca
Animasi konsep shutter
*****

Aperture

  • Aperture merupakan bukaan iris pada lens.
  • Dikira dalam unit F, bermula pada F1.4 – F32 – bergantung pada lens, ada lens mempunyai aperture bermula dari F1.4 dan ada yang bermula dari F3.5
  • Semakin besar nilai aperture (cth: F22), semakin kecil bukaan lens dan semakin sedikit cahaya yang masuk dan sebaliknya, semakin kecil nilai aperture, semakin besar bukaan dan semakin banyak cahaya masuk.
4723956453 211f68724a 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca
Nilai F dan bukaan Aperture
*****
ISO
  • ISO pulak kesensitifan sensor terhadap cahaya. Kalau dulu orang pakai filem dan setiap filem tu ada gred atau nombor seperti 100, 200, dan 400 bergantung kepada tempat yang kita nakshot. Kalau korang nak shot kat tempat yang cerah, biasanya filem 100 atau 200 dan sebaliknya, kalau korang nak shot dalam keadaan yang kurang cahaya seperti waktu malam, korang kena pakai filem 400 dan keatas.
  • Pada zaman sekarang, filem dah digantikan dengan sensor. So sensor tu kita boleh adjust ISO nya, tak macam dulu, korang kena beli filem yang berasingan.
  • Semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya, so korang boleh ambik gambar di tempat yang gelap tanpa menggelapkan gambar tersebut dan begitulah sebaliknya.
  • Tapi kena ingat, semakin tinggi ISO, ‘noise’ juga akan semakin kelihatan.
4723963153 9584113b87 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca
Kaitan antara ISO dan “noise”
*****
Kesemua element yang disebutkan tadi adalah elimen asas yang perlu difahami oleh setiap 'photographer'.

Baiklah. Stakat itu sahaja entry saya berkenaan dengan tips asas fotografi. sehingga berjumpa lagi di lain waktu.. :)

No comments :

Post a Comment

© Copyright 2013 | Ini blog Owner . Design With Love by Shahmi Azzahar .